BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

<< ThE hApPy FaMiLy >>

<< ThE hApPy FaMiLy >>

Friday 20 April 2012

#042 TwItTeR

Assalammualaikumm... Salam Sejahtera.... Holla followerss.....

subjek twitter... aku dgn twitter ni agak baru laa jugak.... tweet baru tapi dah sign up agk lama laa jugak.... cuma x selalu je on dulu2 laa... skrg kalau leh nak 24jam tweet.... hihihihi

aku dulu selalu dgn fb tapi sejka fb ni dha bertukar mcm2 dan line pon mcm haremm jadi aku berjinak2 laa dgn twitter.... mula2 mcm bosan r jugak.. tetapi bila aku dah mula follow artis nie jadi mcm best pulakk... rasa mcm aku ni ramai kawan pulakk kannn....

memang ada setengah2 artis ni sombonk nak mammmm.... tetapi ada yg bestt giler.... bhahahaha.... ada jugak laa yg mula2 aku follow last2 un follow sbb terlalu sombonk..... uat masa ni ada jugak laa yg 2 3 artis aku follow ponsame jenis susah nak balas.. mayb sbb ramai fanss kott... jadi aku nye tweet dia x nampak laa kan....

antara artis yg selalu tweet dgn aku
  1. kak shieraijoy
  2. abg acmizal
  3. abg kieran hotfm
  4. akak emyliarosnaida
  5. daddy jimmy shanley
  6. nabila suhaimi
  7. clanpaul
  8. kakibola
  9. taiyudin a.k.a sawi ape celop
  10. pak nil
  11. infosihat2u
  12. ustaz zamri
  13. abg ikhwan hotfm
  14. kak nora
  15. hotfm
  16. abg fbi
  17. kak ella
  18. abg ad putra
  19. isteri abg ad putra
  20. tv9
  21. tv3
  22. abpbh
  23. aril
  24. kak adibah noor
  25. harun salim bachik
  26. afdlin shauki
  27. abg rosyam nor
  28. johan asari
  29. zahiril adzim
  30. yusri
  31. lisa
  32. abby abadi (dulu r skrg kurang )
nama2 yg kat atas ni laa yg selalu rajin balas tweet aku... yg paling rajin 

  • kak shiera
  • daddy jimmy
  • abg ac mizal
  • emyliarosnaida
  • abg kieran
  • abg clanpaul
  • kakibola

yg atas ni memang top laa balas akunye tweet.... sbb tu aku lebih suka bertwitter nie sbb dgn dorg ni boleh tanya mcm2.. diaorg kan dah makan asam garam banyak kan jadi aku bnyk jadikan diaorg ni tempat aku bertanya......

sesapa nak follow aku leh laa follow @fakariedazarif

UntUk MeMpErINgAtkAn AkU

Doa Sewaktu Bersujud dan Keistimewaannya

Nasihat Yusof Al-Qardhawi...

Sewaktu bersujud, kita berada amat hampir dengan Allah. Katakanlah apa sahaja di dalam hati hajat kita sebagaimana yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. yang biasa memanjangkan sujudnya dengan memperbanyakkan zikir dan doa didalamnya.

Sabda Rasullullah:

"Suasana yang paling hampir antara seseorang hamba dengan Tuhannya ialah di kala ia bersujud kerana itu hendaklah kamu memperbanyakkan doa di dalamnya."

Banyak doa yang diamalkan oleh Rasulullah untuk kita ikuti. Salah satunya yang paling baik untuk diamalkan ialah doa yang dibaca sewaktu sujud akhir dalam solat.

"Ya Allah, tambahkanlah bagiku rezeki yang banyak lagi halal, imam yang benar, ilmu yang bermanfaat, kesihatan yang elok, kecerdikan yang tinggi, hati yang bersih dan kejayaan yang besar."

Semoga dengan mengamalkan doa itu kita mendapat manfaat atau sekurang-kurangnya menjadi cita-cita kita dalam mencari keredhaan Allah dunia dan akhirat.

Banyak kelebihan memanjangkan sujud dan memperbanyakkan doa di dalamnya. Rasulullah s.a.w biasa berbuat begitu sehingga pernah para sahabat hairan kerana lamanya baginda
bersujud. Keistimewaan umatnya yang bersujud telah disebut oleh baginda dalam sabdanya yang bermaksud:

"Tiadalah ada seorang umatku melainkan aku yang akan mengenalinya di hari kiamat"

Mendengar itu para sahabat bertanya:
"Bagaimanakah engkau dapat mengenali mereka dalam khalayak ramai wahai Rasulullah?"

Jawab baginda:
"Tidakkah engkau melihat seandainya sekumpulan unta dimasuki oleh seekor kuda yang amat hitam, sedang di dalamnya pula terdapat sekor kuda putih bersih, maka adakah engkau tidak dapat mengenalinya?"

Sahabat Menjawab:
"Bahkan !"

Rasulullah menyambung:
"Kerana sesungguhnya pada hari itu (kiamat) muka umatku akan putih (berser-seri) disebabkan mereka bersujud (di dunia), segala anggota mereka ( terutama anggota wudu') putih berseri-seri oleh cahaya wudhu' !!!"

KEISTIMEWAANNYA
Ahli neraka juga mendapat keselamatan kerana bekas sujudnya. Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:

"Apabila Allah hendak melimpahkan Rahmat (kebaikan) kepada ahli-ahli neraka yang Dia kehendaki, Dia pun memerintahkan malaikat supaya mengeluarkan orang-orang yang menyembah Allah, lalu mereka dikeluarkan dan mereka dikenali dengan kesan-kesan sujud (di dahi mereka), di mana Allah menegah neraka memakan (menghapuskan) bekas-bekas sujud itu, lalu mereka pun keluar dari neraka, maka setiap tubuh anak Adam akan dimakan api neraka selain bekas sujud"

Begitulah Allah memuliakan hamba-Nya yang bersujud. Orang yang sujud mendapat keistimewaannya apatah lagi di dalam sujud itu kita berdoa. Sudah tentu mendapat perhatian yang sewajarnya. Semoga kita akan menjadi hamba yang benar-benar mendapat rahmat.

TenTaNG tYdO...

Tidur Yang Sunat Dikejutkan

Mengejutkan orang yang tidur disunatkan sekiranya orang itu tidur dalam keadaan berikut:

Pertama:

Seorang yang tidur di masjid dan waktu solat sudah tiba. Ini berdasarkan hadis Abu Bakrah ra, beliau berkata:

“ Aku keluar bersama Nabi saw untuk menunaikan solat subuh. Beliau tidak lalu pada mana-mana lelaki melainkan akan menyerunya untuk solat atau menggeraknya untuk solat dengan kakinya.”
(Hr Abu Daud 1246 – semua perawinya thiqah)

Kedua:

Orang yang tidur dihadapan orang yang solat kerana menggangu orang yang solat.

Ketiga:

Tidur diatas permukaan bangunan tanpa penghadang.
Rasulullah saw bersabda:

“Sesiapa yang tidur diatas permukaan bangunan tanpa ada penghadang (dari jatuh bangunan), sesungguhnya telah terlepas dari tang gungjawab mana-mana pihak (sekiranya jatuh).
(Hr Abu Daud – semua perawinya adalah thiqah)

Keempat:

Tidur dalam keadaan separuh badan terkena cahaya matahari dan setengah lagi tidak kena. Nabi saw bersabda:

“Apabila salah seorang kamu berada di bawah pancaran matahari, kemudian matahari menaik dan sebahagian tubuh mu terkena pancaran matahari dan sebahgian yang lain tidak kena , hendaklah dia beredar..”
(Hr Abu Daud – semua perawinya thiqah)

Kelima:

Tidur waktu subuh.
Nabi saw bersabda:

“Tidur subuh menegah rezki.”
(Hr Ahmad – sanad lemah)

Umar bin Abdul Aziz apabila melihat anaknya sedang tidur waktu subuh, beliau mengejutkannya dan berkata:

Rezeki dibahagi-bahagikan sedangkan engkau tidur.”

Keenam:

Tidur sebelum isya kerana makruh tidur waktu itu. Ini disebut dalam hadis yang panjang, riwayat dari Abi Bakrah ra dimana beliau berkata:

“Baginda tidak suka tidur sebelum solat isya dan sembang-sembang selepasnya.”
(Hr Bukhari - sahih)

Ketujuh:

Tidur lepas solat asar.
Nabi saw bersabda:

" Sesiapa yang tidur selapas solat asar dan hilang akalnya , janganlah dia mencela melainkan dirinya.”
(Hr Abu Ya’la – Sanad lemah)

Kelapan:

Tidur berseorangan di rumah. Hukum ini disebut oleh al-Hulaimi dalam kitabnya al-Minhaj Fi Syu’abil Iman.

Kesembilan:

Perempuan yang tidur menelentang . Ini kerana ianya makruh seperti yang disebut dalam kitab yang sama. Umar bin Abdul Aziz telah menegah anaknya yang tidur sedemikian.

Kesepuluh:

Seseorang yang tidur meniarap. Baginda melihat seorang lelaki meniarap.
Lalu baginda bersabda:

Maksudnya: “Sesungguhnya ini adalah cara baring yang dimurkai oleh Allah dan Rasulnya.”
(Hr Tirimizi dan Ahmad-hasan lighairihi)

Abu Umamah r.a berkata: Nabi s.a.w lalu dekat seorang lelaki yang tidur meniarap di Masjid. Lalu baginda memukulnya dengan kakinya dan berkata:

Maksudnya: “Bangunlah kamu dari tidur dan duduklah sesungguhnya ini adalah cara tidur ahli neraka jahannam.”
(Hr Ibnu Majah)

Kesebelas:

Mengejutkan orang tidur untuk bangun qiamullail.

Nabi saw bersabda:

“Allah merahmati lelaki yang bangun malam, menunaikan solat dan mengejutkan isterinya. Sekiranya isterinya enggan, dia akan merenjiskan air pada muka isterinya.

Allah merahmati wanita yang bangun malam, menunaikan solat dan menegejutkan suaminya. Sekiranya suaminya enggan, dia akan merenjis air ke muka suaminya.
(Hr Abu Daud 1308 – perawi-perawinya thiqah)

Kedua belas:

Mengejutkan orang yang tidur untuk bangun sahur. Nabi saw bersabda:

“Sesungguhnya bilal akan mengumandangkan azan pada waktu malam (sebelum subuh), maka makanlan dan minumlah sehingga Ibnu Maktum mengumandangkan azan subuh.”
(Hr Muslim)

Rujukan: Tashilul Maqasid li Zuwwarul Masjid oleh Ibnul Ammad, Aunul Ma’bud oleh al-Abadi dan an-Nihayah oleh Ibnul athir.

Selamat Beramal...

Tuesday 17 April 2012

#041 BeRtAmBaH rEzEki

Memang rasa bersyukur sessgt.... korank ingt x mama ada cakap pasal nak jaga budak kan?? awal bulan depan ni mama akan jaga 4 budak termasuk anak mama skali.....

aritue ada 2 budak je kan? adik beradik.... ni dha bertambah lagi sorang anak kawan mama yg duduk 1 taman dgn mama.... anak dia lelaki jugak.. syukur allhamdulillah bertambah laa rezeki mama.... tapi dalam bersyukur tue mama takot jugakkk.... mama takot mama x dapat nak handle semua nye... mama takot mama terlepas tanggungjawab dgn suami dan anak mama...

mulai dari tu mama selalu berdoa agar allah swt mempermudahkan smeua urusan mama jaga anak orang tue.. agar mama x terlepas tanggungjawab menjaga anak dan suami mama jugak,. kemungkinan kalau mama oke..mama akan jaga baby yg baru lahir.... tapi mama x pasti laa mama dapat ke x jaga bby tue sbb dia masih mencari lagi orang yg nak jaga tue... mama harap mama dapat laa handle anak2 orang yg bakal mama jaga tue...

tapi skrg masalahnye... mama x leh bgn pagi niee... aduhaii... mcm mane ek?? jam dah berbunyi tapi mama sambung lagi tydo...!!! kenapa laa setan dalam diri mama ni jahat sgt x bg mama bangun pagi... waktu lain allhamdulillah boleh buat tapi waktu subuh.. masyallah.... liatttt ssgt..!!! laa setan betul dalam badan mama nie.... smlm x leh bgn... tadi pagi x leh bgn... xpe... mama nak try esuk... tolong ek kengkawan semua.. doakan yg terbaik buat mama...

mama nak tambah rezeki rumah..xnak susah kan suami xnak susahkan ayah mama lagi.... dan mama x nak pikir pasal duit lagi.... mama buat ni semua ikhlas kerana allah swt.. sbb mama sayang sgt kat budak2 kecik ni walaupon kekadang mama nye marah pada anak memang menakutkan.... bhahhaha.. sesapa yg ada petua senang bgn subuh tuee tolong PM mama kat twitter atau fb ek.. tenkiuuu..!!!

#040 SyUkUr......

Assalammualaikumm.... Salam Sejahtera.... Holllaaaa followerss....


maaflahh dah lama x update blog ni di sbbkan line tenet yg mempunyai masalah..... dari lepas ABPBH aritue mama memang nak update dah tetapi malam tue tah kenapa line tenet mcm siputt plakkk terus xnakkk update... esok nyee pon same... dah mcm tu terus lupa nak update ape kan....


baru beberapa hari yg lepas... dunia kita di landa tsunami lagi dekat acheh indonesia.... dulu tahun 2004 skrg ni dah tahun 2012... mama memang xde rasa gegeran langsung... masa tu mama ada dengan papa n zarif.. bagun dari tydo petang tgk twitter dan fb kecoh pasal tsunami. rupenyer2 dalam kul 4 lebih ptg mcm tue kat acheh sedang mengalami gegeran yg amat kuat skali... x silap mama dalam 8.9 skala ritcher kot... sampai mama ada ternampak 1 video yg menunjukkan ombak setinggi 6 meter melanda kat pulau sula ape tahh....


subhannallah.... mama rasa takot sessgt sbb mama bukan nye cukup pon pahala... memang mama ngaku mama takot... memang mama rasa x cukup iman x cukup pahala nak mengadap ILLAHI.. kat acheh memang dah dikeluarkan amaran tsunami dan di malaysia pon sudah di keluarkan amaran pada penang,perlis,PD,kedah yg belah2 utara sana la.. tapi kite kt JB pon terasa jugak tau... air laut yg kat lido tue mama lalu malam tue memang surut.. ada ke keje gila suami mama.... dah laa org tgh risau nak tsunami dia leh ajak jalan ke bandar tgk2 laut...aduhaii... naseb baek laa xde ape2 yg berlaku malam tu dan pihak indonesia serta malaysia dh tarik balik amaran tsunami.... syukur allhamdulillah.......

Saturday 7 April 2012

#039 SyUkUR AllHaMduLILLaH.....


Memang aku sedang bersyukur sessangattt pada allah swt sbb telah membuka kan pintu rezeki buat aku.... dalam aku susah hati mengenai "duit" akhirnya allah swt telah memberi keizinan untuk aku menjaga anak orang di rumahku sendiri.....

dalam kesyukuran dan keseronokkan sbb dah ada rezeki untuk aku jaga.... aku merasa kan kerisauan yg mendalam.... sblm aku dapat rezeki ni..ada juga aku bercerita dgn ayah aku sendiri pasal niat aku untuk menambahkan pendapatan isi rumah aku... ye la sampai bila kan aku nak bergantung pada ayah aku je.... 

ayah aku ada membangkang idea aku.. dia kata skrg ni banyak kes baby tersedak susu dan mati.. dia takut benda2 mcm tu berlaku pada aku... aku pon takot jugak.. tapi dalam hati aku... aku memang suka jaga baby atau anak orang.. aku akan jaga dgn cara aku sendiri... aku xnak sama dgn cara mak mertua aku.... kalau budak tu salah buat marah tetap marah....

aku harap anak aku akan paham kenapa aku nak jaga anak orang lain... dn kenapa aku perlu alihkan perhatian pada anak orang lain... mama sekarang hidup susah sgt sayang... cuma dgn cara ni je laa dapat menambahkan pendapatan mama dan papa.... mama xnak bergantung pada atok lagi...

aku berharap...bila nanti aku jaga anak orang tue.. semua nya akan elok2 berlaka dan xde ape2 yg x di ingini berlaku... sbb niat aku baik.. bukan semata2 kerana duit... ada jugak kerana nak anak aku berkawan... kesian dia.. mama dia masih belum boleh tambah anak lagi sbb keadaan kewangan kan.... dgn cara ni laa dia dapat berkenalan.. moga2 perangai anak aku pun baik laa nanti...

ya allah yg tuhan ku... kau permudahkan laa semua urusan ku dalam penjagaan anak orang nanti... semoga anak2 yg bakal aku jaga nanti mempunyai perangai dan tingkah laku yg baik serta soleh dn solehah....semoga perangai diaorg yg baik itu akan di contohi oleh anak aku sendiri.... permudahkan laa semua urusan ku nanti.... amin ya rab bal allaminn......

Friday 6 April 2012

#038 BaJu OnLiNe


Assalammualaikumm....Salam Sejahtera.... Salam hari jumaat......
pepagi lagi daj bgn daahh... sbb nak bank in kan uit untuk baju n suar aku beli on9... 1st time ni nak beli.. huhuh.. harap2 semua nye cantek dan muat laa.. lau x muat x tahu laa nak kata ape kann.. memang aku gemok ssgt laa kan......


disbbkan kerana baju n seluar ni laa aku smlm x lena tydo..dan x leh nak tydo.. bhahaha.. penangan kan??? giler laa aku ni dok pk kan benda niee.. mcm ape je kan... tapi dalam suka suki aku ni aku takot je nipu.. tapi aku percaya kan akak niee.. mudah2an semua nye baik2 belaka laa kan... hurmm...




aku harap semuanya akan muat dgn aku.... dan aku memang x sabar nak tunggu ari isnin atau selasa nie.. harap2 dapat ari isnin laa kan.. hihihi... memang laa pas dapat tu terus amik gambo kan kan kan... nak kena mintak tolong anak jiran niee amik gambo nie.. bhahahhaha.... gilerrr ahh aku niee.. berangan lebey elakk x muat jee.. aduhaiii..!!! akkoott..!!



Thursday 5 April 2012

#037 MeMaNG aKu JELes....


setiap orang menginginkan keluarga yg bahagia.. adik beradik yg ramai.... ayah dan ibu yg sporting.... hurmm.. kenapa aku tetibe post mcm nie.. sbb tadi aku ada terbaca 1 blog sepupu aku tentang kehidupan dia 1 family.. walaupon dia dah berkahwin dan ada fmly sndiri.. dia tetap rapat dgn adik beradik dia sendiri....


aku dari sejak kecil memang anak tunggal.... tunggal ek bukan tunggul.... hihihi... aku dari sejak kecil memang xde sape2 kawan rapat.. dan xde kawan sejati.. atau BFF.... aku sering mencari adik angkat atau abang angkat atau kakak angkat tapi x penah aku dapat... kenapa x penah aku dapat?? mayb sbb aku ni gemokk x lawa x pandai sbb tu aku x penah dapat adik beradik angkat nie....

aku memang ingin akn adik beradik angkat yg best... kalau ada aku nak rapat dgn diaorg.. nak kenal family diaorg.. nak uat family diaorg mcm family aku.... sbb aku nye family dari masa arwah ibu ada memang jenis yg  penting kan kerja sahaja...xde masa dgn anak sendiriii... aku jeles tgk sepupu sepapat aku.. diaorg rapat dgn mak ayah dan adik beradik diaorg.. even diaorg dah kawen pon still hangout dgn adik beradik n mak n ayah....

aku dah kawen ni lagi laa... terus putus hubungan dgn semua orang... semua orang jauhkan diri dgn aku... cuma skrg ni baru aku merasakan aku ada seorang adik yg paling aku sayang iaitu anak jiran aku... nur syahirah atiqah.... dia laa yg selalu ada di cc aku even aku sakit atau x... walaupon aku baru rapat dgn dia sejak dia SPM je.. baru lagi kan?? tapi aku dapat rasakan keakraban kami... 

tapi sejak dia dah keje ni.. jarang sikit kami jumpe.. kalau jumpe pon kejap2 je... aku anta dia g keje... tu pon berbual pon kejap.... ni baru je dia mula kerja.. nanti kalau dia dah sambung belejar entah mcm mane kann... huhuhu.. entah laa... sejak aku ada dia baru aku rasakan kasih sayang antara kakak dan adik... aku kalau boleh nak selalu dgr cerita dari dia... sama ada yg terbuka atau yg tertutup.. maksud nye yg rahsia pon aku nak tahu gak.. tapi siapa laa aku pada dia kan.. aku ni cuma orang luar je...


aku sejak aku berkawan dgn suami memang aku dah xde terus dah kawan perempuan...msa sekolah pon mcm tu gak... aku cuma ada diri aku dan cermin diri jee... aku selalu kalau ada masalah masa remaja dulu sering berkata2 dgn diri sendiri jee depan cermin... tengok keserasian keluarga lain dgn adik beradik membuat kan aku sering menjauhkan diri dari diaorg.. aku rasakan diri aku ni kerdil sgt nak bergaul dgn diaorg....


aku nak sgt ada adik beradik.. tapi aku tahu aku kan dapat.. sbb tu aku kalau boleh nak anak ramai.,.. aku nak merasa mempunyai 1 keluarga yg besar... aku nak bergaul dan bermesra dgn anak2 aku.. aku xkan sia2kan diaorg.... aku nak jadi BFF pada diaorg... hurmmmm tapi adakah aku rezeki untuk mempunyai anak yg ramai???



aku harap sgt yg impian aku nak ada BFF sndiri akan tercapai...dan impian untuk mempunyai anak yg ramai akan di gapai.. moga2 hubungan aku dgn iera akan kekal hepi..enjoy...dan serasi bersama untuk selama2nya... hihihihi..... bhahahahaha.... jgn muntah pulak dengar ayat aku nie.. bhahahha.. tu baru sikit.... cewwaaahhh.....

  






  








EhSaN dARi BloG oRaNG LaiN uTk PeNgAjArAN dAn PeRiNgATan...

AKU, KAU BERBEZA...AKU, KAU ISTIMEWA...

LELAKI
Lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya.
Lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh.

BERATKAN?
Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggung jawab ke atas ibunya dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggung jawabnya maka dosa baginya terutama anak lelaki yang tua, manakala perempuan tidak, perempuan hanya perlu taat kepada suaminya. Isteri berbuat baik pahala dapat kepadanya kalau buat tak baik dosanya ditanggung oleh suaminya. BERATKAN??

Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri tidak. Walaupun begitu isteri boleh membantu. Haram bagi suami bertanya pendapatan isteri lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izin ini.

Banyak lagi lelaki lebih-lebih lagi yang bergelar suami perlu tanggung. Kalau nak dibayangkan beratnya dosa-dosa yang ditanggungnya seperti gunung dengan semut. Itu sebabnya mengikut kajian nyawa orang perempuan lebih panjang daripada lelaki. Lelaki mati cepat kerana tak larat dengan beratnya dosa-dosa yang ditanggung (ikut kajian laa..)

Tetapi orang lelaki ada keistimewaannya yang dianugerah oleh Allah SWT. Ini orang lelaki kena tahu, kalau tak tahu kena jadi perempuan. Begitulah kira-kiranya.

WANITA :
Auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki.
Perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya.
Saksinya kurang berbanding lelaki.
Menerima pusaka kurang dari lelaki.
Perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.
Wajib taat kepada suaminya tetapi suami tak perlu taat pada isterinya.
Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri.
Wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas yang tak ada pada lelaki.

Pernahkah kita lihat sebaliknya??
Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan ditempat yang tersorok dan selamat. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar bersepah-sepah bukan? Itulah bandingannya dengan seorang wanita.

Wanita perlu taat kepada suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya . Bukankah ibu adalah seorang wanita ?

Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya , manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya untuk menyara isteri dan anak-anak.

Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di mukabumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil. Manakala dosanya diampun ALLAH (dosa kecil).

1. sembahyang 5 waktu
2. puasa di bulan Ramadhan
3. taat suaminya dan
4. menjaga kehormatannya .

Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala orang pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.

MasyaALLAH... Sayangnya ALLAH pada wanita ....

Seorang wanita adalah pelengkap dan sememangnya istimewa di sisi seorang lelaki

Wallahua'lam Bissawaab...

EhSaN dARi BloG oRaNG LaiN uTk PeNgAjArAN dAn PeRiNgATan...

JADIKAN ANAK SEBAGAI WINNER

Ibubapa adalah antara faktor terbesar dalam menentukan halatuju anak2. Berikut ada beberapa tips dari Robert D. Ramsey yang boleh kita jadikan panduan dalam menjadikan anak2 kita antara yang outstanding berbanding rakan sebayanya..selamat mencuba!

1. Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik .
Bila anak kita dipanggil dengan nama yang tak baik, atau nama dah baik tapi bagi pulak gelaran yang tak baik, itu akan menyebabkan anak jadi malu dan rendah diri. Saya ingat lagi kat sekolah dulu org panggil saya mak enon. Malu sangat... rasa mcm tanak gi sekolah pun ade. Apatah pulak kalau yang memanggil nama tak elok tu mak bapak sendri. Lagi la malu kan ? Dalam Islam pun sangat digalakkan kita bg nama yang baik untuk anak2.

2. Berikan anak anda pelukkan setiap hari
Ada kajian yang menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk. Bila kita peluk dia setiap hari esp seorg mak, anak kita tau yang kita sayangkan dia. Dia akan tau kita akan jadi penyokong dia paling kuat. Dia akan sedar bahawa kita sentiasa ada jika dia kurang berjaya. Emosi dia akan terbela.
3. Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang
Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran. Memang la ada masa kita perlu marah tapi jgnla buat muka marah sampai kawan tu takut nak dekat dgn kita langsung. Kesian kat budak. Namanya pun budak...

4. Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan
Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya. Bila tiap kali kita appreciate dia, dia akan rasa nak buat lagi dan nak buat lebih baik lagi. Ini la namanya motivasi...

5. Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan
Mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkara termasuklah berbuat silap. Sebenarnya mereka akan belajar lebih banyak lagi dari kesilapan yang mereka lakukan.

6. Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga, pilihlah keluarga
Bila ada masalah eloklah kita selesaikan masalah keluarga yang terdahulu. Kerana, seseorang tu akan lebih tenang kalau takde masalah keluarga. Anak2 perlu diberi keutamaan kerana mereka sedang membesar dan proses ini akan terus berlalu dan tak akan kembali jadi jgnlah cemarkan keperibadian mereka dengan sikap mementingkan diri kita.

7. Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan mengeluh
Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban. Ini akan menyebabkan mereka menjauhi kita. Kalau kita tak mau sunyi di hari tua, jgnlah sunyikan mereka pada usia muda mereka.

8. Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang.
Tunggu giliran anda untuk bercakap. Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap. Seronok sebenarnya layan bebudak bercakap. Adik saya pun dalam kategori budak lagi, kalau sesekali layan dia cakap rasa mcm kelakar. Saya pernah jumpa dgn kawan anak saya umur baru tiga thn tapi mulut boleh tahan, rasa mcm tak logic je tapi seronok. Ala, mcm aznil Tanya budak tu, Tiger Wood berasal dari mana, pastu budak tu jawab Zoo... untuk kita sendiri, ini adalah satu hiburan yang takleh dibeli di tempat lain.

9. Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya
Ada masa2nya mereka akan gundah gulana. Ada masa mungkin diorg berselisih dgn kawan. Ada masa mungkin dia dah tercederakan jiran. Jadi, kita bantulah sedaya kita supaya mereka tidak rasa sendirian dalam menyelesaikan masalah yang bagi kita kecik tapi tu mungkin masalah mega bg diorg.

10. Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri.
Mereka akan menirunya. Jgn kita sendiri kelam kabut bila ada yang menimpa. Jgn kita tunjuk yang kita gelabah. Be cool!! Setiap masalah yang telah Tuhan takdirkan pada kita ada penyelesaiannya. Jadi, jgn gabra2.

11. Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya.
Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. Anak2 yg dtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain.

12. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali
Ade setgh budak kene byk kali ajar, baru dia faham. Mcm anmum punya iklan tu..Wardina tunjuk byk kali baru anak dia faham. Anak saya sendiri dalam satu hari ntah berapa kali dia tunjuk kat mata dia suruh saya sebut eye, tunjuk kat telinga suruh sebut ear. Jgn marah sbb kalau marah nnt terbantut la proses pembelajaran dia.
13. Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka.
Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami isteri. Bila saya baca ni, rasanya tak salah la saya selalu pimpin tangan anak2 even dalam rumah pun. Bila nak ajak dia bangun je, saya hulur tangan. Even nak kedapur pun untuk bancuh susu diorg. Kalau kat luar mmg lah sah2 pegang sbb saya jenis serabut perut takut anak terlari tgh jalan ke.

14. Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda.
Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka - jadilah pendengar setia mereka. Kalau pasangan kita mimpi pun apa salahnya kita dengar. Best hape dengar cerita dari mimpi. Mcm drama tapi takde skrip, takde director, dan takde siaran ulang tayang.

15. Hargailah permainan kesayangan anak anda.
Mereka juga dalam masa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.

16. Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam
Biasakan ajar dia salam kita sebelum lena. Cium dahi diorg esp mak nya..mcm cerita omputeh kan selalu dia gi bilik tidur anak n selimutkan diorg.

17. Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna.
Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa. Ada masa anak kata papa ni garangla.. tu sbnrnya dia menegur so, ubahla. Jgn jadi too perfectionist pada anak2. nnt mereka rendah diri.

18. Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah.
Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga. Dan mereka juga akan terasa kurang kasih sayang bila kita mengadap benda lain. Kalau anak2 dah sekolah, biasakan tolong mereka siapkan kerja rumah, atau kita sendiri bg latihan dan perati setiap hari peralihan dia belajar dari satu topik ke topik. Bantu dia belajar lebih dari yg cikgu dia ajar.

19. Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja.
Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri. Hoo..seram. tapi ada betulnya. Buatlah sesuatu supaya mereka tak menjauh dari kita. Semoga kita tidak sunyi dihari tua kita.

20. Anak-anak juga mempunyai perasaan seperti anda.
Hargailah perasaan mereka supaya mereka juga menghargai dan memahami perasaan kita

#036 aKu AnAk DaN jiRan


Assalammualaikum... Salam Sejahtera..... Hollaaa followers....
harini uat pertama kalinye dapat jenjalan dgn jiran sblah a.k.a BFF aku sbb lepas dia dah keje ni jarang dah keluar berjalan dgn dia... walaupon kejap.. tapi best dapat berbual2 dgn dia.. mcm2 benda yg dia ceritakan... aku memang suke dgn dia bercerita atau sesapa je bercerita... bila dia cerita kat aku kan aku rasa mcm aku ni penting sgt pada dia sbb aku mesti kena dengar apa yg dia nak ceritakaan pada aku...


harini aku hanya jenjalan kat angsana jee... x leh nak kemana2 sbb dia nak jumpe boipren dia dgn kezenn dia... huhuhu... lau x memang aku dah ajak dia jenjalan tempat lain dahh... tadi aku g angsana pon sbb nak bawak c anak ni jenjalan.. dah berapa ari dahh dia asik nak angsana angsana angsana... kesian plakk. nak tunggu atok dia bawakkk harap maklum je laa kan... atok bukan suka pon g angsana... nak ajak papa dia... papa dia lagi laa x suka berjalan... so aku ajak laa anak jiran ni semntara dia ngah cuti kan..walaupon kejap kira ok laa....


naseb baik arini anak ok.... kalau x..dia punye ngegade diaa.. aduhaii..... asik nak kena pukul je keje diaa... dia yg sakit.. tapi aku pon sakit gakk.. dada ku sakit.. hati ku sakitt... hihihihi.... aku dah tahu dahh...dia kalau hanya dgn aku mesti oke... tapi kalau ada orang lain siap laa dia nye keyywaii diaa... hahaha... keeyywaaii tu ngegada k... bhahahaha.. 





Wednesday 4 April 2012

#035 tEnTaNg AkU...


itu aku dan arwah ibu...aku amik gambar ni msa aku jaga dia uat kali terkakhir... ni 3 hari sbmlm dia menghembuskan nafas dia yg terakhir.....

kenapa aku nak cakap tentang aku??? ni kesinambungan cerita pasal anak aku tadi.... aku memang selama ni aku mengaku yg aku ni ANAK DERHAKA.... aku dah melukai hati ibu aku terlalu banyak.. sbb tu allah amik dia pergi dari aku supaya aku sedarr.... setelah dia pergi baru aku sedar betapa pentingnya seorang ibu kepada seorang anak.... memang hakikatnye bila kita kehilangan ibu kita akan hilang arah tujuan dan hilang sedara mara.... nak2 bila sedara mara kta tahu betapa jahat nye kita pada arwah ibu kita... yg paling aku sedih skali..aku x dapat mandikan arwah ibu aku uat kali terakhir sbb masa tu ayah aku suruh aku balik rumah sediakan semua nyee dan amik tilam untuk alas arwah ibu uat kali terakhir...aku dgn blurr masa tu... xde terpk nak mandikan arwah ibu uat kali terakhirr.... entah kenapa aku terlalu bodoh dan x ingat dunia... tetapi aku dah janji dgn diri aku.. kalau sekiranya ayah aku pon pergi menghadap ilahi aku nak mandikan dia jugak dgn tgn aku sndri.....

apa yg aku derhaka kan pada arwah ibu aku mesti korank nak tahu kan?? aku memang x segan nak cerita kan hal aku yg buruk ni pada orang ramai....  aku nak orang jadikan pengajaran dan pedoman dgn apa yg aku akan ceritakan ini....

aku dulu masa arwah ibu aku hidup... dan aku dah nak abis SPM aku selalu sebokkk dgn boipren... aku sebok dgn dunia nak "merasa" semuanya... aku sanggup tinggal kan ibu aku keseorangan kat umah tanpa sesapa.. dalam gelap gelita pon aku sanggup tinggal kan ibu demi aku berseronok dgn boipren.... dan yg paling jahat.. masa arwah ibu sakit.... aku x penah jaga dia...x penah nak tydo dgn  dia kat spital.... ada memang ada tapi x banyak... sbb aku selalu pk ibu akan pulih dan baik seperti sedia kala... walaupon aku tahu dia ada kanser... cuma pada masa tu aku x tahu ape syaitan yg resap kat aku pon aku x tahu.... masa dia sakit aku x selalu jenguk dia... jenguk pn kejap kejap jee.. kebanyakkan nye ayah yg jaga ibu..walaupon ayah x dapat tydo sebelah..ayah tydo dalam kete atau kat lobi je... jahat kan aku niee???? ye memang aku jahat... jahat dan derhaka adalah aku.... dalam ibu sakit tu... aku jarang abiskan masa untuk dia... aku selalu cuti keje cakap nak jaga ibu tapi sbenar nye aku keluar dating dgn boipren.... tydoo kat umahh.... melepak sampai ke subuh hari.... itu laa aku.....

masa ibu pembedahan yg pertama tu untuk kanser tahap 4 tue aku ada di cc ibu.. jaga ibu.... dan selepas tu sambut raya dgn ibu uat kali terakhir... masa raya pon aku x hirau kan ibu sgt... aku sebokk nak beraya dgn boipren dan kengkawan aku..... sbb aku pikir ibu dah sihat... ibu dah operation dan operation tu berjaya... jadi aku pikir ibu akan ada di dunia nie lagi..... rupa2nya ibu hanya sambut hari raya untuk seminggu sahaja.... 

selepas itu..ibu masuk balik je spital HSI.... dan doktor mengesahkan kanser ibu ada lagi yg tertinggal... rupe2nya doktor pakar dah salah buang kanser.... kanser yg dah teruk dia x buang.. yg dia buang hanya la kanser yg kecik.... masa tu aku dah hilang arah tuju dahhh.... dan aku dah x sedar ape2 dahh... baru aku tahu... ibu aku memang akan pergi uat selama2nya... pada malam terakhir ibu tue.. aku dan ayah balik ke rumahh.. aku memang x leh tydo... dan ayah pon x leh tydo.. aku ada cakap mlm terakhir tue.. ya allah kalau kau nak amik ibu aku pergi..kau amik laa supaya ibu aku x menanggung derita lagi sbb itu adalah jalan yg terbaik untuk dia.....

entah mcm mane dalam kul 4 pagi HSI kol aku dan ayah mengatakan ibu sedang  nazakk... aku dah xde kata ape dahh... aku dan ayah terusss pergi HSI.... dalam perjalanan ayah pon ada cakap yg dia ada cakap...kalau tuhan tu lebih sayangkan ibu..tuhan amik laa ibu pergi.... memang betul.....

dalam genggaman tangan aku.... dan aku yg ajar ibu mengucap 2 kalimah syahadah untuk kali yg terakhir... akhirnye ibu pergi juaaa dalam keadaan sakit mcm tuee.... doktor sahkan kematian ibu pada jam 5.55 pagi 24.11.2008

lepas ibu pergi..aku rasakan dunia aku gelapp...dan skrg aku tgh alami seksaan kerana buat ibu aku derita krn ada anak seperti aku... tapi aku dah bertaubat.. aku nak ubah diri aku sendiri.. dan aku nak ubahkan keturunan aku.... aku xnak anak2 aku akan teruskan perbuatan DERHAKA aku nie.... oleh kerana ini laa aku selalu marah pada anak aku..selalu pukul anak aku... sbb bagi aku.. aku dulu jahat kerana ayah dan ibu x sehaluan dulu... ayah sibokk dgn dunia dia.. ibu pon sibokk dgn kerja diaa.. sampai xde masa dgn aku.. jadi aku cari laa boipren untuk menghabiskan masa bersama....sbb tu aku sanggup tinggalkan ibu demi boipren.... dan akhirnya aku yg rugi sbb kehilangan ibu yg tersayang dalam usia yg muda.... bg aku kerana 22 orang tua sibok dgn dunia masing2 anak di abaikan... sbb tu aku xnak anak aku jadi mcm aku.. x merasa kasih sayang dgn sepenuhnya.. biar lah aku x berkerja dan xde harta yg banyak.. asal kan anak aku sentiasa dgn aku.. aku nak jadikan anak aku BFF selama nya... aku xnak dia jadi mcm aku... aku xnak dia jadi macam aku yg dulu nya aku dipenuhi dgn harta kekayaan arwah ibu aku tetapi aku kosong dgn kasih sayang.. biarlah anak aku kurang harta kekayaan tetapi penuh dgn harta kasih sayang dari seorang mama......

masa aku jaga ibu kat HSI


raya terakhir ibu aku....

sedekahkan al-fatihah untuk arwah ibu aku mumtahinun binti rahmat..... 
( 21.01.1962 - 24.11.2008 )

apa yg aku cerita kan ni hanya laa untuk pengajaran... aku bukan nak mengaibkan diri aku sndiri.. cuma nak korank hargai ibu korank... jgn sesekali lukai hati...kalau ada lukai hati diaorg minta maaf dgn segera... jgn jadi mcm aku.. nak menyesal pon dah x guna dah.. aku cuma boleh mohon maaf pada allah swt dan sedekah kan al-fatihah pada arwah ibu shj.... sesungguhnya aku amat menyesal seumur hidup aku.. aku redha aku hidup susah skrg kerana dosa aku pada ibu aku sendiri....



#034 AnAk.....


aku tgh marah..tgh geram dgn anak aku sendiri... kenapa?? dia muka memang comel... muka memang buatkan org geram kat dia.. tapi skrg ni perangai dia dah menjadi2... aku memang tgh marah sgt kat dia.... walaupon anak...aku nak dia jadi yg terbaik... kalau skrg pon cakap aku dia xnak dengar..apa lagi kalau dah besar nanti kan????

memang aku tahu orang keliling sayangkan dia..tpi kalau semua org manja kan dia sgt dia nak jadi ape?? lemakk???? dgn aku nak manja ada masa dan tempat dia.. kalau nakal atau buat perangai aku x kira tmpt dan x kira orng... aku bedal je... aku bukan ape... cukup laaa cuma aku je yg derhaka dgn arwah ibu aku... aku xnak dia meneruskan tradisi DERHAKA aku tue... aku nak yg terbaik untuk diaa...

walaupon dia kecik kalau dia buat salah x tegur..nanti jadi jahat dan nakal mcm sedara2 yg lain..aku xnak mcm tuee... aku nak dia dengar kata aku..dan dia cuma nak dgn aku shj.... aku xnak dia rapat dgn orang lain walaupon family sndiri... aku nak dia milik aku....

skrg bukan main lagi... mentang2 dah pandai ikot apa yg dia dengar..semua dia nak ikot cakap.. bodoh... sial semua dia nak try cakap.... aku cuma boleh marah..tapi yg aku paling marahkan orang sekeliling dia... kenapa laa bodoh sgttt nak cakap bnda bukan2 depan anak aku?? nak2 ayah aku sendiri... dia selalu naa cakap cibai pukimak sial... yg lagi sorang pakcik dia laa... c edy tue... tu pon same.... jgn kata pakcik dia.. papa diaa yg terdekat pon same.. skrg ni anak aku suka meludahh sesuka hati diaa.. dia ikot pakcik dia edy yg suka meludah kat mane2 yg dia suka....

aku pelik laa..kenapa laa diaorg ni xde otakk ek??? kang aku tegur kang bergaduh plakkk.. aku malas laa.. last2 anak aku yg kena belasah dgn aku.... aku geramm.. dia masih x paham mama dia cakap JGN..NO.. X BOLEH.. SUDAHH.... semua ni dia masih xpaham2 jugakkk.....

dia suka menolong mama dia...tapi nanti dia tolong mesti menyakitkan hatiii... aku bukan ape.. dia dah laa suka membazirr...suka basahkan lantai....suka buat sesuatu yg mama dia benci.... kalau dia luka.. jatuh.. mcm mane?? dah laa aku sensorg kat umah.. nak harapkan pertolongan mesti lambat.... aku xnak ape2... berlaku pada dia..... 

skrg ni papa dia keluar g umah kawann.. dia melalak2 menangis nak ikot... mcm papa dia sayang sgt kat dia... kalau papa tu sayang kan dia... papa xkan tinggal kan dia kt umah.... selama dia hidup ni pernah papa dia basuh taik ke basuh kencing ke?? jaga masa dia sakit ke? ada semua xde laa.. bg makan pon  xpenah... buatkan susu pon x nakk...semua MAMA... ada zarif paham?? xdekann.. semuanye MAMA yg buat... jadi mama nak mama yg zarif pentingkan bukan orang lainn.......

kekadang memang aku banyak mengucap... banyak ingat allah swt.... tapi kalau aku x marah x pukul dia..dia xkan tahu bend atu salah.... aku walau mcm mane pukul pon aku mesti pujuk dia balik... usap ddiaa... aku sebagai mama dia... aku tahu mcm mane nak jaga dia... cumaa aku nak dia cepat paham dan cepat bertindak kalau mama dia kata benda tu salah.... aku xnak dia jadi anak derhaka dan anak kurang ajar.... tapi apa kan daya.. orang sekeliling suka menjatuhkan akhlak anak aku...... kekadang aku x terdaya laa nak handle sorg2..... tapi aku kuatkan jugak semangatt.... aku harap bila dia besar nanti dia paham kenapa aku marah dia kenapa aku pukul dia.... aku nak yg terbaik untuk dia... sbb aku sayangkan dia ssgt... dia la racun..dia lah penawar aku... aku nak dia sayangkan aku sorg je.... aku nak dia lebihkan aku sorg jee.. sbb selama ni AKU YG JAGA SEMUA NYE TENTANG DIAA.....